SHAH ALAM- Kerajaan akan membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran tempatan ketika ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya akan menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengatasi masalah kekurangan bahan makanan itu.
“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ambil serius isu ini. Libat urus dengan beberapa kementerian sedang dijalankan ketika ini untuk cari jalan yang terbaik untuk selesai masalah beras tempatan.
“Beras putih itu ada tapi bilangannya di pasaran tempatan kurang,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Amanah Negeri Selangor 2024, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, kementeriannya kini sedang giat mempromosikan penanaman padi ala Sekinchan kepada pesawah untuk meningkatkan jumlah pengeluaran padi.-https://amiminerals.org/