KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang pertama yang melanda Terengganu sejak enam hari lalu semakin memulih dengan hanya 67 mangsa daripada 15 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua mangsa berada di dua daerah iaitu Marang dan Dungun.
“Seramai 57 mangsa daripada 13 keluarga masih berada dua PPS di Marang.
“Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Rawai (49 orang) dan Dewan Sivik Merchang (lapan orang),”katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, PPS Balai Raya Alor Mak Bah pula satu-satunya PPS masih beroperasi di Dungun.
Beliau berkata, seramai 10 mangsa daripada dua keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan.
“Cuaca kebanyakan kawasan di Terengganu pagi ini mendung,”katanya. – https://amiminerals.org/