Remaja maut naik Y15ZR pelanggan, langgar lampu

IMG 20241125 WA0009

KEADAAN motosikal jenis Yamaha jenis Y15ZR yang remuk pada bahagian hadapan selepas terbabas meragut nyawa seorang remaja dalam kejadian di Kilometer 2.8 Jalan Kluang – Nyior, Kluang malam tadi.

KLUANG – Seorang remaja maut akibat mengalami kecederaan parah selepas motosikal milik pelanggan ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu dalam kejadian di Kilometer 2.8 Jalan Kluang – Nyior di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku ketika Yap Yu Hern, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha jenis Y15ZR kira-kira pukul 7.20 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Nyior menuju ke bandar Kluang dengan menunggang motosikal berseorangan.

“Sebaik sampai di lokasi kemalangan, mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang lampu jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala dan dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimana pun, pada pukul 9 malam, pihak hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan,”katanya melalui kenyataan hari ini. – https://amiminerals.org/