Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Konvensyen BN Negeri Perak 2024 di Ipoh hari ini.
IPOH, 24 Nov (Iteenews) — Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutamadari kalangan anak muda,pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang, kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata usahaitu menjadisatu daripada lima langkah yang digariskan dalammemperkukuh parti-parti komponenBNbagi meraih sokongan rakyat.
“Saya merasakan bahawa kita tiada pilihan untuk mengetengahkan calon-calon muka baharu, terutamanya dalam kalangan anak muda. DalamPilihan Raya Kecil Nenggiri dan Mahkota baru-baru inimembuktikan bahawa hipotesis ini benar dan betul.
“Kesesuaian calon bukan sekadar usia muda, tetapi mereka yang berpengalaman dan berakar umbi berpotensi membawa kemenangan gemilang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Negeri Perak di sebuah hotel, di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung BNDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN Perak, Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy merangkap Pengerusi MIC Perak dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon yang juga Pengerusi MCA Perak.
Selain itu, wakil dari Pakatan Harapan (PH) yang turut hadir termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How, yang juga Bendahari DAP Perak; serta Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri.
Presiden UMNO berkata contoh terbaik ialah kemenangan BN di PRK Nenggiri sebelum ini, apabila berjaya merampas kawasan di negeri pembangkang dengan menampilkan calon anak muda.
“Kita masih mampu menang jika kita melakukangame changerdi kawasan tertentu. Di Mahkota, kita sekali lagi membuktikan hipotesis itu benar. Ini bukan soal mengetepikan pemimpin lama, tetapi mewujudkan kombinasi yang baik antara generasi lama dan baharu.
"Kita pernah diberi peluang ketika muda, dan kini menjadi tanggungjawab kita untuk membuka ruang kepada calon muda untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang," katanya.