KULAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami kemurungan selepas mendakwa menjadi mangsa cabul suami kepada pengasuhnya yang berusia lingkungan 50-an tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, rahsia perbuatan keji lelaki itu terbongkar selepas mangsa memberitahu pegawai perubatan ketika mendapatkan rawatan kemurungan yang dihadapinya.
“Perkara itu diketahui semasa mangsa hadir ke hospital untuk merawat sakit kemurungan dihadapi. Mangsa memaklumkan dicabul suami kepada pengasuhnya di kediaman keluarga mangsa sendiri kepada pegawai perubatan,”katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Seng Lee berkata, keluarga mangsa membuat laporan berhubung kejadian itu pada pukul 6.40 petang, Rabu lalu dan polis sedang giat mengesan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – https://amiminerals.org/