LUMUT – Lebih separuh daripada kira-kira 1.2 juta pelajar institut pengajian tinggi (IPT) belum menebus baucar buku walaupun tempoh penebusan hanya tinggal lima minggu lagi.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, memberitahu setakat hari ini, kira-kira 735,000 pelajar IPT awam dan swasta masih belum menebus baucar buku bernilai RM100 itu.
“Jadi,saya menyeru kepada pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswi supaya segera menebusnya untuk membeli buku-buku keperluan pengajian mereka sebelum 31 Desember.
“Jika tidak, rugilah kerana mereka tidak menggunakan inisiatif yang diberikan oleh kerajaan itu,”katanya kepada pemberita selepas program ‘In Person With Doc Zam’ dan peluncuran program Siswa Aspirasi Rakyat (SASAR) Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, lewat petang tadi. – https://amiminerals.org/