Penjawat awam Pulau Pinang terima RM1,000 bulan depan

Kon Yeow.

Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, BKK itu sebagai apresiasi dan penghargaan kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang.

“Ia termasuk kepada penyelia dan guru KAFA, guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR, SABK, guru tahfiz, guru pondok, guru tadika Islam (TADIS) serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina Pulau Pinang,”katanya dalam sidang DUN Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menurutnya, BKK yang diunjurkan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM6.88 juta dan akan dibayar pada Disember 2024.

“Pemberian BKK ini juga dipanjangkan kepada Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan anak syarikat kerajaan negeri, tertakluk kepada kemampuan kewangan masing-masing,”katanya. – https://amiminerals.org/