Remaja 14 tahun lemas jatuh tali air

remaja lemas

Anggota menjalankan operasi mencari mangsa yang lemas di tali air Kampung Padang Enggang, Kota Bharu, hari ini. Foto IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang remaja ditemui lemas selepas tergelincir ke dalam tali air semasa mandi bersama dua rakannya di Kampung Padang Enggang, di sini petang tadi.

Mayat, Muhammad Faris Muhammad Nor, 14, dijumpai kira-kira pukul 6.30 petang di dasar tali air sedalam kira-kira lapan meter selepas Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa melakukan selaman selama sejam 15 minit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Ramli Abdullah berkata, dua rakannya yang masing-masing berusia 14 tahun menyedari mangsa sudah lemas dan tenggelam di dalam tali air itu.

“Difahamkan, mangsa tergelincir kerana kawasan tebing tali air dipenuhi selut akibat hujan. Mayatnya dibawa ke tebing sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat,” katanya. – https://amiminerals.org/