Wanita maut langgar lori pancit di NKVE

maut nkve

Keadaan motosikal mangsa di lokasi kejadian.

SHAH ALAM – Seorang wanita maut apabila motosikal ditunggangi melanggar lori muatan tar yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 7.9 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa berusia 29 yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila lori dari arah Klang ke Kuala Lumpur telah berhenti di lorong kecemasan akibat mengalami tayar pancit.

“Penunggang wanita itu dari arah sama telah melanggar bahagian kanan belakang lori tersebut. Kemalangan ini mengakibatkan mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, beliau meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Syahrul Zulkeflee di talian 010-4589850.

“Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan memuatnaik atau berkongsi kandungan gambar mangsa kemalangan melalui media sosial atau mana-mana aplikasi komunikasi.

“Perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah undang-undang khususnya Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,”tegasnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memaparkan keadaan mangsa yang masih berada di atas motosikal selepas pelanggaran itu. – https://amiminerals.org/