Mayat Iswandi ditemui

MAYAT Iswandi

MAYAT Iswandi ditemukan pada jarak tiga kilometer dari lokasi dipercayai terjatuh di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, Pasir Salak. – Foto IHSAN JBPM Perak

PASIR SALAK – Mayat seorang lelaki Orang Asli yang dikenali Iswandi Isa, 42, yang dipercayai hilang semasa keluar memancing ikan di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, di sini ditemukan kira-kira pukul 7.20 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, operasi bersepadu pihaknya dan Angkatan Pertahanan Awam menemukan mayat mangsa pada jarak tiga kilometer (km) dari lokasi dipercayai terjatuh.

“Radius pencarian ditambah 5km menghala ke hilir sungai. Keadaan air agak keruh dan deras dan mangsa telah dibawa ke pusat kawalan bomba (PKB) sebelum diserahkan kepada polis untuk proses selanjutnya,”katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, mangsa dilihat kali terakhir keluar dari kediamannya pada pukul 3 petang semalam untuk memancing ikan. – https://amiminerals.org/