ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu

TAN

Netanyahu mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Tel Aviv pada 7 Januari lalu. – AFP

THE HAGUE – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kelmarin mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya, Yoav Gallant di samping ketua sayap bersenjata Hamas, Mohammed Deif.

Langkah di luar jangkaan itu menimbulkan kemaharan Netanyahu yang mengecamnya sebagai anti-Semitik, manakala pertuduhan ICC dianggap ‘merepek dan palsu’.

Sekutu-sekutu paling rapat Israel termasuk Amerika Syarikat turut mengecam waran tangkap terhadap Netanyahu, namun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia  seperti Amnesty International (AI) menyambut baik langkah tersebut.

“Perdana Menteri Netanyahu kini rasmi menjadi orang buruan masyarakat antarabangsa,” kata Setiausaha Agung AI, Agnes Callamard. – AFP