Gunung berapi ‘tidur’ 800 tahun kembali meletus 

gunung berapi iceland meletus

Lahar yang memancar keluar dari rekahan panjang di Semenanjung Reykjanes. – Getty Images

REYKJAVIK – Sebuah gunung berapi di Semenanjung Reykjanes, barat daya Iceland meletus kelmarin menyebabkan beratus-ratus penduduk segera dipindahkan, lapor saluran berita Mail Online. 

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) menyatakan, letusan berlaku sekitar pukul 11.14 malam (waktu tempatan) di celah gunung berapi Sundhnukagigar, luar bandar Grindavik. 

Rakaman stesen televisyen menunjukkan lahar mengalir keluar dari celah rekahan panjang sambil mengeluarkan asap tebal ke udara. 

Pakar IMO, Benedikt Ofeigsson memberitahu radio awam, RAS2 bahawa tiada infrastruktur terancam pada masa kini. 

“Bagaimanapun, kira-kira 200 penduduk Grindavik dipindahkan dengan segera,” kata Ofeigsson.

Gunung berapi tersebut dilaporkan tidak pernah meletus selama 800 tahun hingga Mac 2021 apabila berlaku peningkatan aktiviti seismik di rantau berkenaan. 

“Letusan terbaru adalah lebih kecil berbanding akhir Ogos yang lalu,” tambahnya. – AGENSI