Dewan Rakyat: Trend \’childfree\’ membimbangkan

pengakuan

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Trend pasangan berkahwin memilih untuk tidak mempunyai zuriat ataupun childfree membimbangkan dan boleh memberi kesan jangka panjang kepada struktur penduduk Malaysia.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan pasangan yang berkahwin untuk memiliki anak walaupun keputusan untuk mempunyai zuriat adalah hak pasangan.

“Kita menyedari alasan pasangan memilih untuk tidak mempunyai zuriat atas faktor kos sara hidup, komitmen kerjata, memiliki kebebasan peribadi dan kualiti hidup masa depan.

“Namun kerajaan melakukan pelbagai intervensi dan bantuan kepada pasangan berkahwin supaya mereka memilih untuk mempunyai anak,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) berhubung strategi kerajaan untuk mempergiat program galakan tambah zuriat berikutan trend childfree atau tidak mahu mempunyai anak mengambil kira cabaran kewangan dan sosial yang dihadapi orang ramai khususnya di kawasan
bandar.

Noraini memaklumkan kerajaan sentiasa menyediakan persekitaran yang sihat dan kondusif bagi membantu pasangan untuk mempunyai anak, antara langkah yang diambil melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) termasuklah menawarkan rawatan kesuburan yang berpatutan.

“Kerajaan turut menyediakan inisiatif khas untuk membantu meringankan beban kewangan bagi pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti pengecualian cukai bagi rawatan kesuburan sehingga RM10,000 selain pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi rawatan kesuburan bermula 1 September 2020,”katanya. – https://amiminerals.org/