Pensyarah didakwa hina nabi ketika ceramah disiasat

polis 3

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina nabi ketika melakukan ceramah di sebuah konvensyen, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, semalam.

Menurutnya, pengadu memaklumkan telah terkesan sebuah hantaran di laman Facebook menyatakan seorang pensyarah dikatakan menghina Nabi Muhammad di dalam Program yang dikendalikan oleh individu tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Razarudin, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, tular hantaran di Facebook menyatakan ucapan yang diberikan seorang pensyarah telah menimbulkan satu kontroversi yang kononnya berunsur ‘sunnah’ tetapi penuh dengan sindiran biadab.

Menurut pengguna Dakwah Sunnah ||, lelaki berkenaan menjadikan nabi serta isterinya sebagai bahan lawak hambar yang tidak beradab, sekali gus mencalar kesucian peribadi baginda dan keluarganya.

Dakwanya lagi, lawak tersebut disambut gelak ketawa oleh para hadirin yang dihadiri agamawan.

“Dalam lakonannya, penglipur lara tersebut secara sinis menyebut ‘Bidadari mari love bite ambo. Alah, serupa Siti Aisyah bagi love bite dekat Rasulullah lah, kalau siapa ada hajat, boleh mari sini love bite ambo deh’,” katanya.

Malah, beliau turut mengeluarkan kenyataan lain yang biadab selain melakonkan watak Rasulullah sambil membuat mimik wajah yang buruk.-https://amiminerals.org/.