Sewa warung RM23,000 sebulan

Geli gerai3 scaled

GAMBAR fail Medan Selera Dunman, Singapura. – Foto Lianhe Wanbao

SINGAPURA  – Sebuah gerai penjaja mengemukakan lima bidaan tertinggi sehingga mencecah S$6,929 (RM23,000) untuk sewa bulanan premis itu di Singapura, lapor portal berita t,n.p hari ini.

Tawaran yang menang itu datang daripada anak penjaja sedia ada di deretan gerai yang sama di Medan Selera Dunman.

Harga itu mencetuskan perasaan terkejut dalam kalangan penjaja lain.

Seorang penjaja menganggap kadar itu tidak masuk akal,  manakala seorang lagi bimbang tentang perbuatan mewajarkan menaikkan kadar sewa kepada pelanggan.

Tawaran itu diletakkan dalam pusingan akhir pembidaan, sebelum Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) melaksanakan dasar pembaharuan sewanya.

Berdasarkan dasar baharu itu, kadar sewa hanya akan dinaikkan setara dengan harga pasaran menjelang tempoh penyewaan ketiga dan bukannya yang pertama. – AGENSI