PUTRAJAYA – Seorang wanita mengandung antara tiga individu disahkan maut selepas kereta mereka terbabas berhampiran pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya, di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian pada pukul 12.10 tengah malam tadi.
Katanya, susulan itu sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya kemudian dikejarkan ke lokasi.
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat empat mangsa warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an iaitu dua lelaki dan dua wanita mengandung dalam kereta jenis Perodua Viva terbabit.
“Kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini.
Jelas Ahmad Mukhlis, seorang wanita dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Putrajaya. – https://amiminerals.org/