PETALING JAYA – Istilah merarau, cicipan dan gabi antara yang hangat diperkatakan orang ramai sejak beberapa hari ini.
Rata-rata netizen membuat hantaran di media sosial masing-masing sejurus laman Facebook, Malaysia Mendidik, membuat perkongsian semula bahawa terdapat penamaan lain yang boleh digunakan bagi menggantikan istilah jadual makan.
Menerusi pemerhatian Kosmo!, orang ramai mula ‘mempraktikkan’ penggunaan istilah-istilah berkenaan bagi menggantikan perkataan yang biasa digunakan umum.
Malah, ada di antara netizen mengakui baharu mengetahui wujudnya istilah-istilah berkenaan.
“Gabi, merarau. Baru tahu juga ni,”kata seorang pengguna Facebook.
“Tak sempat nak merarau hari ni. Rasanya terus gabi je ni. Kau orang nak cicipan mana petang ni?,”tulis seorang lagi pengguna.
“Dari masa gabi sampai merarau kau tak tahu nak makan mana lagi,”ujar Hafiz Bahri.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, antara istilah lain yang dikongsikan Malaysia Mendidik ialah makan pagi sebagai sarapan dan minum rehat pagi digantikan dengan istilah kudapan. – https://amiminerals.org/