Arthur Menang Tanpa Bertanding Presiden PBRS

d525bec304b059277b1963e3810f4460664716b72dd63Datuk Arthur Joseph Kurup –fotoBERNAMA

KOTA KINABALU, 16 Nov (Iteenews) — Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup menang tanpa bertanding jawatan PresidenParti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada Persidangan Tri-Tahunan Keempat PBRS, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu sebelum ini memegang jawatan Timbalan Presiden PBRS dan memangku jawatan presiden parti selepaskematian penyandangnyaTan Sri Joseph Kurup yang juga bapanyapada 17 April lepas.

Arthur berkata PBRS bersikap terbuka apabila semua jawatan dipertandingkan pada pemilihan parti itu kali ini, justeru beliau melihat tindakan ahli parti tidak mencabarnya untuk jawatan presiden sebagai satukepercayaanyang amat dihargai bagi membawa PBRS ke tahap lebih tinggi.

“Apabila keputusan itu diterima saya tidak sangka semua bahagian calonkan saya, walaupun borang itu ada dan sedia untuk diisi. Saya amat berterima kasih atas kepercayaan ini.Mesej ini maksudnya PBRS itu bersatu hati semua bersama pimpinan parti kita,” katanya pada sidang media selepas persidangan itu di sini hari ini.

PBRS mempunyai hampir 200,000 ahlidi 41 bahagian seluruh Sabah.

Ditanya apa yang membezakan kepimpinan beliau dengan mendiang bapanya,Arthur berkata sudah semestinya terdapat perbezaan bagaimanapun beliau mahu nilai-nilai utama PBRS seperti kesetiaan, integriti dan mengutamakan rakyat dikekalkan.

“Peredaran zaman sentiasa berlaku, apabila mendiang memimpin sejak penubuhan pada 1994, mendiang sangat sesuai (dengan) era politik masa itu. Bagi parti politik kekal relevan ia mesti mengikut peredaran zaman tetapi ada nilai ini mesti kita kekalkan.

“Sudah tentu perubahan daripada segi pengurusan lebih efisien dan penggunaan teknologi serta media sosial kita terapkan, tetapi nilai-nilai inimembolehkan PBRS kekal dihormati rakyat, nilai-nilai ini diajar mendiang Tan Sri (Joseph) kepada kita,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan PBRS mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17, Arthur berkata PBRS tentunya cenderung kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Pensiangan tetapi ia bergantung kepada perbincangan bersama kepimpinan Barisan Nasional (BN).