\’Hari-hari ada kereta lawan arus\’

WhatsApp Image 2024 11 15 at 5.32.43 PM

Tangkap layar gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan beberapa kenderaan yang dipandu secara melawan arus di kawasan Bandar Mahkota Cheras.

PETALING JAYA – Tindakan segelintir pemandu kereta yang memandu secara berbahaya dengan melawan arus didakwa berlaku hampir setiap hari di Bandar Mahkota Cheras.

Menerusi perkongsian di Facebook, beberapa kenderaan dilihat memasuki lorong bertentangan untuk mengelak kesesakan, sekali gus mengancam keselamatan pengguna lain.

Insiden tersebut sekali gus menimbulkan kebimbangan terutama bagi pengguna jalan raya yang melalui kawasan itu pada waktu puncak.

“Paling tidak suka, semua nak cepat. Jalan tersekat macam apa. Bila lampu merah, sekat jalan orang lain pula, buatkan jalan makin sesak,” kata Haizam Johari.

“Arah bertentangan setiap pagi. Yang nak keluar simpang pula kena undur,” ujar Rosmad Abdul Hamid.

Sementara itu, rata-rata orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

“Ambil gambar dan hantar pada page Malaysia Road Vigilante – MYRV atau boleh lapor di aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan,” ujar Al-Pasrah Wal Berserah.

“Sebentar saya tag, Info roadblock JPJ dan PDRM Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia,” tambah Abe Alif. -https://amiminerals.org/