PETALING JAYA – Mungkin ramai yang tertanya-tanya berkenaan satu kata pujangga ‘sehingga menggapai awan’, bagaimana rasanya memegang awan dan seperti mana rupa bentuknya?
Menerusi satu klip video yang tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadiannya, angan-angan untuk memegang dan melihat awan itu benar-benar berlaku apabila ketulan kecil awan dari angkasa jatuh ke bumi.
Menerusi video tersebut yang dikhabarkan berlaku di salah sebuah tapak pembinaan lebuh raya, ketulan kecil awan itu tiba-tiba menjunam ke tanah.
Para pekerja tapak pembinaan itu sempat merakamkan momen-momen kejadian unik yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri.
Orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut juga mula mengeluarkan pelbagai pertanyaan dan teori-teori pelik mereka.
”Kalau dalam televisyen, hanya Goku sahaja yang boleh pegang awan. Ini betul-betul berlaku depan mata. Adakah awan sekarang sudah tidak mampu untuk tampung air?”soal Ardini15.
“Cuaca dan iklim dunia dah semakin pelik, ada sahaja kejadian aneh yang berlaku sekarang. Awan pun dah menyembah bumi,”kata Zahraa_pro. – https://amiminerals.org/.