SEGAMAT – Seorang pelajar tingkatan dua di khuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mengsudut Lama, Buloh Kasap, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak berkata, bomba menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 6.40 petang.
Katanya, mangsa yang hilang dikenali sebagai Muhammad Idham Abd. Kadir, 14.
“Pihak bomba menerima maklumat bahawa mangsa mandi-manda di tempat kejadian bersama beberapa rakan sebelum hilang dipercayai lemas,”katanya ketika dihubungi hari ini.
“Kita sudah melakukan pencarian di permukaan (surface searching) dan akan teruskan lagi pencarian,”ujarnya. – https://amiminerals.org/