WCQ: Argentina dikejut kekalahan pertama

ARGENTIAN

ARGENTINA berdepan kekalahan pertama selepas 11 perlawanan aksi kelayakan Piala Dunia 2026 ketika tunduk kepada Paraguay pagi semalam. – AFP

ASUNCION – Paraguay memberikan pengajaran berguna buat Argentina selepas menewaskan juara dunia itu 2-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia (WCQ) 2026 pagi semalam.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak memberi kesan besar buat Argentina di kedudukan teratas, namun ia menyumbang kekecewaan ketiga buat kaptennya, Lionel Messi.

Selepas mengalami dua kekalahan bersama kelab, Inter Miami ini adalah kali pertama Messi alami tiga kekalahan berturut-turut sejak 2016.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni sendiri mengakui keputusan kali ini memberi pengajaran berguna untuk beliau menyiapkan skuad lebih baik sebelum menghadapi Peru, Rabu ini.

“Peru akan jadi lawan yang berbeza, namun sentiasa menjanjikan tugasan sukar buat kami. Kami akan menyiapkan pasukan dengan lebih baik.

“Saya harap kami mampu berikan sesuatu buat peminat kami kerana kami akan bermain di tempat sendiri,”katanya.

Pada perlawanan semalam, Lautaro Martinez terlebih dulu meletakkan Argentina di depan namun Paraguay bangkit memperoleh dua gol menerusi Antonio Sanabria dan Omar Alderete. – AGENSI