JPJ siasat kes pemandu Bezza maut dihempap kontena

WhatsApp Image 2024 11 14 at 15.53.34 1

Aedy (dua dari kiri) menyampaikan lesen B2 pada program MyLesen B2 di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memulakan siasatan ke atas syarikat pengendali treler yang terbabit dalam kemalangan sehingga meragut nyawa seorang wanita di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, siasatan menjurus kepada pematuhan aspek teknikal ditetapkan dalam Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) oleh syarikat berkenaan.

“JPJ sedang melaksanakan siasatan audit JISA bagi kenderaan perdagangan terlibat kemalangan itu.

“Kita akan mengenal pasti sama ada treler atau syarikat terbabit mematuhi semua peraturan ditetapkan atau sebaliknya apabila JPJ meluluskan permit kepada mereka,”katanya ketika ditemui pada program MyLesen B2 peringkat Terengganu di sini hari ini.

Semalam, seorang pemandu Perodua Bezza maut manakala seorang lelaki cedera selepas kereta mereka dihempap kontena yang terjatuh dari sebuah treler selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam pada pukul 9.16 pagi.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, hasil siasatan kelak akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk tindakan selanjutnya. – https://amiminerals.org/