Trump anggap pembukaan Olimpik Paris ‘memalukan’

LU scaled

REAKSI Trump ketika berkempen di St Cloud, Minnesota pada 27 Julai lalu. – AFP

WASHINGTON – Calon pilihan raya Presiden Amerika Syarikat mewakili Parti Republikan, Donald Trump hari ini menyifatkan majlis pembukaan Olimpik di Paris sebagai ‘memalukan’ selepas pihak penganjur dikecam kerana menampilkan acara yang keterlaluan.

“Saya berfikiran amat terbuka tetapi saya anggap apa yang mereka lakukan(majlis pembukaan) adalah memalukan,” kata Trump kepada saluran berita Fox News.

Adegan menampilkan kumpulan penari, pondan dan seorang deejay yang menimbulkan gambaran  peristiwa Last Supper berdasarkan  kepercayaan penganut Kristian itu dikecam kumpulan-kumpulan Katholik serta biskup Perancis. – AFP 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *