Suami minta cerai isteri suka ‘peram’ najis kucing

geli cerai

Tangkap layar menunjukkan lantai yang dipenuhi dengan sampah sarap dan najis kucing. – Tribunnews

BANDAR RAYA HO CHI MINH – Seorang lelaki di Vietnam nekad memfailkan perceraian kerana tidak tahan dengan sikap isterinya yang pemalas dan sangat pengotor, lapor portal berita Tribunnews semalam.  

Rakaman yang dimuat naik di media sosial menunjukkan lantai rumah mereka dipenuhi sampah sarap, najis kucing dan lampin bayi. 

Bahkan, perabot serta rak juga berdebu dan terdapat sarang labah-labah. 

Menurutnya, si isteri memelihara beberapa ekor kucing tetapi malas untuk membersihkan najis dan menjaga kebersihan rumah.

“Saya bekerja demi menyara kehidupan isteri dan anak-anak tetapi dia hanya duduk di rumah dan goyang kaki,” jelas suami wanita itu. 

Perbuatan itu tidak dapat diterima oleh si suami, menyebabkan dia nekad untuk bercerai. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kekecohan di ruangan komen. 

“Ini sangat kotor! Bercerai dengannya (isteri) adalah jawapan yang tepat!” marah seorang netizen. 

“Melihat bilik tidur sahaja membuatkan saya merinding! Isteri seperti ini lambat laun akan diceraikan oleh suami!” marah netizen lain. – AGENSI