EPL: Evans mahu bersara di Manchester United

MANCHESTER UNITED 9

EVANS mengakui merancang untuk menamatkan kariernya di United ketika kontraknya masih berbaki semusim. – AFP

LOS ANGELES – Pertahanan berpengalaman Manchester United, Jonny Evans sudah pun bersedia untuk ‘gantung but’ sekiranya tidak ditawarkan kontrak lanjutan.

Ketika ini, kontraknya masih lagi berbaki semusim dan bintang Ireland Utara itu tidak lagi bercadang untuk berhijrah ke pasukan baharu.

“Segala perincian (tentang kontrak) akan mengambil sedikit masa daripada jangkaan, tetapi saya tahu yang saya tidak lagi akan ke tempat lain.

“Saya gembira dengan baki kontrak dan kelab juga mahu saya terus kekal. Saya sudah pun harungi musim yang agak baik dan saya mahu teruskannya lagi,” katanya.

Sejak meninggalkan United secara tetap pada 2015, Evans menabur khidmat bersama West Bromwich Albion dan Leicester City sebelum kembali ke pangkuan The Red Devils musim lalu.

Evans yang melakukan 30 penampilan musim lalu dilabel sebagai pemain penting buat pasukan hingga berjaya menambah koleksi pingat kejuaraan ketika memenangi Piala FA.

Bagaimanapun, Evans tidak menafikan kecederaan Rasmus Hojlund dan Leny Yoro tidak meletakkan United dalam keadaan sempurna untuk memulakan musim baharu bulan depan.

“Kita tidak mahukan sebarang kecederaan khususnya di pramusim. Kecederaan otot bukan sesuatu yang bagus dan Rasmus memberi gambaran yang dia mengalami masalah hamstring namun saya tidak tahu tentang Leny,” jelasnya. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *