Tiga beradik perempuan terima diploma serentak

WhatsApp Image 2024 11 11 at 3.50.39 PM e1731314030305

Asma\’ (kanan), Husna (tengah) dan Sarah teruja menerima skrol Diploma Pasca Siswazah Pendidikan bersama-sama dalam Majlis Konvokesyen UniSZA ke-16 di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tiga beradik melakar kenangan manis apabila menerima skrol Diploma Pasca Siswazah Pendidikan serentak pada Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-16 di sini hari ini.

Husna Mohd. Yusoff, 33, bersama dua adiknya Sarah, 32, dan Asma’, 30, yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengikuti pengajian pasca siswazah untuk mengejar impian mereka bergelar guru.

Asma’ berkata, sebelum ini mereka merupakan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di kampung dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,000.

Katanya, dia dan dua adiknya kemudian mengambil keputusan menyambung pengajian di peringkat diploma untuk menjadi guru sepenuh masa.

“Ia juga menjadi harapan ibu bapa kami iaitu Jaharah Hamzah dan Mohd. Yusoff Mamat yang mahu melihat kami menjadi guru.

“Alhamdulillah, pengajian kami tiga beradik di UniSZA selama setahun berjalan dengan lancar,”katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis Konvokesyen UniSZA hari ini.

Asma’ dan dua kakaknya merupakan graduan ijazah sarjana muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan.

Tiga beradik itu merupakan antara 2,818 graduan yang menerima ijazah doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma pada majlis konvokesyen tersebut yang berlangsung selama empat hari bermula kelmarin. – https://amiminerals.org/