Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal, Kekalkan Nisbah Hutang Bawah 60 Peratus 

61a2e0df645ead9dbb26e4a01695f2555e1825599efa0Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Iteenews) –Trend penurunan defisit fiskal menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)dapat dikurangkan tidak melebihi 60 peratus dicapai dalam tempoh jangka sederhana.

Kementerian Kewangan berkata dalamBelanjawan 2025, kerajaan menyasarkandefisit fiskallebih rendah kepada 3.8 peratus daripada KDNK.

“Selaras denganpengurangan defisit, hutang baharu kerajaan berkurang kepadaRM92.6 billion pada 2023 daripada RM100 billion pada tahun sebelumnya dan seterusnya kepada anggaran RM84.7 bilion pada 2024 dan disasarkan RM80 bilion pada2025,” kata kementerian itumenerusi jawapan bertulisdi laman sesawang Parlimen, hari ini.

Kementerian Kewangan berkata demikian sebagai menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu-Pagoh) yang ingin tahu kedudukan kewangan semasa termasuk hutang dan liabiliti kerajaan.

Sehingga akhir September 2024, jumlah pinjamanKerajaan Persekutuan sebanyak RM166.5 bilion telah diterbitkanberkurang berbanding tempoh yang sama pada 2023 iaitu RM182.5bilion.

Jumlah ini merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia(MGS) sebanyak RM71 bilion (Januari – September 2023: RM69.5 bilion),Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sebanyak RM73.5 bilion (Januari – September 2023: RM74.5 bilion) dan Bil Perbendaharaansebanyak RM22 bilion (Januari – September 2023: RM38.5 bilion).

Daripada jumlah ini, sebanyak RM96.7 bilion digunakan untuk bayaran balik hutang yang matang merangkumi MGS sebanyak RM43.5bilion, MGII (RM24.5 bilion), Bil Perbendaharaan (RM23 bilion), Sukuk Perumahan Kerajaan (RM5.5 bilion)dan pinjaman luar pesisir (RM0.2 bilion).

“Baki RM69.8bilion merupakan terbitan pinjaman baharu untuk membiayai defisit dan sebahagian hutang yang akan matang dalam tempoh terdekat. Manakala, jumlah liabiliti Kerajaan Persekutuan adalah sebanyakRM369.3 bilion pada akhir Jun 2024 (2023:RM361.1 bilion),” katanya.

Menurutnya, jumlah tersebutmeliputi komitmen jaminan sebanyak RM231.4bilion (2023: RM227.4 bilion) dan liabiliti lain RM137.9 bilion (2023:RM133.7 bilion).