Teruskan Rundingan Pemberian Khas, Muktamadkan Hasil 40 Peratus Kepada Sabah – UPKO

a8e5646a4203cd43001ef6e4544893c261277b208091b

PENAMPANG, 28 Julai (Iteenews) — Kerajaan Sabah dan Persekutuan perlu meneruskan rundingan bagi menetapkan kadar pemberian khas dan memuktamadkan pembayaran hasil 40 peratus kepada Sabah seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

PresidenPertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick berkata parti itu menyokong penuh langkah kerajaan Sabah memuktamadkan tuntutan tersebut dan menghargai usaha kerajaan negeri mengemukakan tuntutan itu kepada kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

“Langkah ini amat positif ke arah usaha penyelesaian isu yang telah berlanjutan sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataanselepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UPKOdi sinihari ini.

Jumaat lepas, Iteenews melaporkanPeguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh berkata kerajaan Sabah tetap bersedia dan mampu untuk memulakan rundingan lanjut mengenai pemberian khas yang selaras dengan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Brenndonberkata perkara itu berikutan maklum balas Kementerian Kewangan kepada pertanyaan di Parlimen pada 16 Julaibahawa kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JTMTPMA63) komited untuk membincangkan kadar pemberian khas baharu untuk Sabah.

Ewonyang jugaMenteri Pembangunan Usahawan dan Koperasiberkata beliau sendiri akan memainkan peranan menjayakan tuntutan itu melalui platform dianggotainya sepertiKabinet Persekutuan, Majlis Khas Tindakan Pelaksanaan MA63 dan JTMTPMA63.

“Saya berharapsemua pemimpin di negeri ini terus bersatu hati untuk sama-sama memperjuangkan tuntutan ini demi kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *