Ahli UMNO Perlu Terus Curah Khidmat Bakti, Jangan Terbuai Kejayaan Lepas – Khaled

f79ce34048ba7b8e8063af751463360d66a70b7303009Kredit : Fb Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Iteenews) — Semua ahli UMNO perlu terus mencurahkan khidmat bakti agar dapat memberikesejahteraan kepada rakyat, selain tidak bolehterus terbuai dan berasa selesa dengan kejayaan lepas kerana ia boleh mendatangkan kerugian kepada parti.

Naib PresidenUMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkataperjuangan UMNO yang bersifat kebangsaan, bukanlah hanya untuk mendapatkan kuasa tetapi bagimengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada parti.

“Tanpa itu, kita boleh bertanya pada diri kita apa lagi yang tinggal pada parti ini? apa lagi makna kehadiran UMNO di pentas politik orang Melayu? Oleh itu, setiap daripada kita perlu memainkan peranan di lingkungan masing-masing untuk menjayakannya,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkatasemua ahlijuga mesti menonjolkan keunggulan dan keunikan UMNO sebagai gerakan kebaikan, yang memperjuangkan masa depan orang Melayu.

“Pelbagai perkara telah diungguli UMNO, antara lain penubuhan Lembaga KemajuanTanah Persekutuan (Felda), Tabung Haji dan terkini inisiatif pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)bagi anak-anak orang Melayu.

“Semua ini perlu diuar-uarkan bagi mengangkat peranan UMNO yang berbezadengan parti-parti yang lain,” katanya.

Mohamed Khaled berkata keberadaan UMNO di dalam kerajaan MADANIjuga sebagai jajaran strategi politik dan UMNO masih kekal menjadi satu-satunya jurucakap orang Melayu yang memperjuangkan soal kepentingan dan nasib mereka.

“Dengan sedikit kuasa yang ada, selain dapat berkhidmat dengan baik, kita juga mempunyai kesempatan untuk memulih dan merawat semula parti ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *