Penari rakyat dengan pakaian berwarna-warni dan mempamerkan persembahan yang bertenaga, menambah elemen kemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) dari 14 hingga 16 November ini di ibu kota negara Amerika Selatan itu.
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 11 Nov (Iteenews) — Penarirakyat dengan pakaian berwarna-warnidan mempamerkan persembahan yang bertenaga,menambah elemenkemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC(AELW) dari 14 hingga16 November inidi ibu kota negara Amerika Selatan itu.
Perarakan tarian jalanan yang meriah iaitu “Saya” dan “Caporales”, ciri utama warisan budaya Peru, dipamerkan sepenuhnya sebelum berlangsung mesyuarat peringkat tinggi dan perbincangan oleh pemimpin APECmengenai perdagangan bebas serantaupada minggu ini.
“Kemeriahan sedemikian adalah tradisi sebenar Peru dan merupakan pemandangan biasa di ibu kota pada hujung minggu,” kata Wakil Kebudayaan Majlis Perbandaran LimaDaniel Romero kepada Iteenews.
Lima, ibu negara Peru dengan populasi 11.36 juta, akan menjadi tuan rumah kepada mesyuarat APEC buat kali ketiga selepas 2008 dan 2016 serta berharap pertemuan pemimpin Asia Pasifik ini akan membantu dalam pemulihan ekonomi negara itu, terutamanya melalui sektor pelancongan.
Matlamat aktiviti seperti itu bukan sahaja untuk meraikan tradisi tetapi juga sebagai peringatan mengenai pentingnya memelihara dan mempromosikan budaya tempatan, kata Romero.
Bahasa yang paling banyak digunakan di Peru adalah bahasa Sepanyol.
“Kami mengalu-alukan semua orang untuk menikmati persembahan ini,”katanya, sambil menambah dengan AELW, jumlah penari dan peserta telah ditingkatkan untuk mempamerkan budaya tempatan kepada lebih15,000 pengunjung, termasuk pegawai dan wartawan, yang berkumpul di sini.
Tarian “Saya” biasanya dipersembahkan dengan irama dram tradisionalAfro-Peruseperti Cajon, alat perkusi kayu dan Djembeatau congas.