RAUB – Gelombang kedua banjir mula melanda Pahang apabila seramai 41 mangsa dari 14 keluarga daripada Kampung Tok Machang dan Kampung Ulu Gali dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, hari ini.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 3.45 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian banjir di dua kampung terbabit.
“Seramai 33 mangsa banjir daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Tok Machang manakala PPS Dewan Orang Ramai Ulu Gali menempatkan seramai lapan mangsa daripada dua keluarga,”katanya di sini hari ini.
Tambah kenyataan itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membantu memindahkan mangsa ke PPS dan mengambil maklumat mangsa.- https://amiminerals.org/