Berbaloi sokong Trump, kekayaan Elon Musk melonjak lebih RM1 trilion

Musk Trump scaled

GAMBAR fail Trump (kiri) dan Musk. – Foto AFP

NEW YORK –  Kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk melonjak sebanyak AS$26.5 bilion (RM116.28 bilion) selepas calon parti Republikan, Donald Trump memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) lapor portal berita mint.

Lonjakan sebanyak 12 peratus itu menyaksikan aset keseluruhan Musk dianggarkan mencecah  AS$290 bilion (RM1.27 trilion).

Menurut data terkini Indeks Billionaire Bloomberg, anggaran kekayaan  bersih Musk melonjak ‘sekelip mata’ kelmarin selepas kemenangan pilihan raya calon Parti Republikan tersebut.

Musk memainkan peranan penting dalam menyokong bekas presiden itu sepanjang kempen pilihan raya AS. 

Saham Tesla milik Musk dan syarikat lain melonjak apabila mereka dilihat mendapat manfaat daripada kepulangan Trump ke White House.

Trump juga pernah berjanji untuk melantik Musk sebagai ketua suruhanjaya kecekapakan pentadbiran  AS yang akan mengecilkan saiz kerajaan negara itu. – AGENSI