Oleh Wong Chun Wai
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) –Lazimnya, berita buruk cepat tersebar di media sosial. Malangnya, berita baik, kurang mendapat perhatian.
Ringgit, misalnyaterus menjadi mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Iamencatatkan peningkatan yang progresif dan turut meningkatkan nilainya, didorong oleh gabungan faktor domestik dan luaran yang menggalakkan.
Secara ringkasnya, selepas melalui tempoh yang sukar, ringgit mencatatkanprestasistabil dan diniagakan di bawah paras RM4.70 berbanding dolar AS selama dua minggu. Unjurannya ialah ringgit akan berada pada RM4.60 menjelang akhir tahun ini.
Malaysia telah mengambil langkah yang tepat untuk membina semula rizab luaran melalui langkah-langkah membawa pulang ringgit dan pertukaran mata wang asing.
Langkah rasionalisasi subsidi, walaupundianggap tidak popular dari segi politikdan tidak memberikan kelebihan, bagi kerajaan MADANI, ia adalah tindakan yang wajar untuk dilakukan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah berani dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk subsidi, kerana jika diabaikan, sebagaimana satu keputusan populis, ia akan menjejaskan ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
Tiada masa yang lebih tepat untuk melaksanakan langkah sedemikian tetapi dengan pilihan raya umum yang masih berbaki tiga tahun lagi dan dengan kerajaan yang stabil, ini adalah tempoh yang terbaik.