Labuan FSA Perkukuh Teknologi Kewangan Islam

1d07981e28247ac71fd0c1fc3fc8a581672e12a29ff48 ec96824a40bba12bd04e37b5f6767d4f672e12bba6dc8 Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) Director-general Nik Mohamed Din Nik Musa addressing the Labuan IBFC Industry Dinner 2024 at the Financial Park Complex Labuan Convention Hall today.–fotoBERNAMA (2024) COPYRIGHT RESERVED b06ed896f353620daa18cfc74b97e452672e12807b1f4

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 Nov (Iteenews) –Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA)sedang mengukuhkan landskap kewangan Islamdan digitaldengan pelancaran pelan induk blockchain (lejer digital terbuka) patuh Shariah dan insentif cukai baharu bertujuan menjadikan Labuan sebagaihab kewangan digital terkemuka.

Ketua Pengarah Labuan FSA Nik Mohamed Din Nik Musa berkata bahawa pada Mei lepas, Labuan FSA melancarkan pelan induk blockchain Shariah, menyediakan infrastruktur asas untuk ekosistem kewangan digital Labuan yang semakin berkembang.

“Inisiatif ini menyokong 109 perkhidmatan kewangan digital sedia ada termasuk bank digital, penyedia insurtech (teknologi insurans), platform e-pembayaran dan pertukaran digital.

“Menerusi i-Box sandbox, Labuan FSA menyasarkan untuk menarik inovator fintech (teknologi kewangan) dan pengamal kewangan Islam,” katanya pada Majlis Makan Malam Tahunan Labuan IBFC di Dewan Konvensyen Labuan Financial Park hari ini.

Beliau berkata bank digital Islam baharu dijangka memasuki pasaran tahun depan, seterusnya akanmempelbagaikan dan mengukuhkan penawaran kewangan digital rantau ini.

Nik Mohamed Din berkata Labuan FSA menjangkakan menerusi langkah ini bersama kecerdasan buatan sertainovasi fintech, iaakan memacu analisis ramalan, strategi pelaburan yang diperibadikan dan pengurusan risiko yang dipertingkatkan.

“Dalam sektor insurans, Labuan FSA telah menetapkan sasarannya untuk menjadi hab utama Asia.

“Pada masa ini, Labuan FSA menduduki tempat kedua di Asia dengan menyediakan kira-kira 100insurans kaptif dan struktur yang membolehkan syarikat menguruskan risiko mereka sendiri dan mencapai penjimatan kos,” katanya.