Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (kiri) mendengar penerangan ketika sesi lawatan pada majlis pembukaan Pusat Logistik Serantau Mercedes-Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn Bhd, hari ini.Turut hadir Ketua Bahagian Operasi Logistik Global Mercedes-Benz, Klaus Ziemsky (dua, kiri).
KULAI, 7 Nov (Iteenews) — Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia denganSingapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kataMenteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata perjanjian itu akan ditandatangani pada sesi pemukiman Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadual berlangsung pada 8 dan 9 Dis, 2024.
"Saya dimaklumkan majlis itu akan diadakan di Putrajaya semasa sesi pemukiman JMCIM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Pusat Logistik Serantau Mercedes-Benz Parts Logistics Asia Pacific Sdn Bhd di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Operasi Logistik Mercedes-Benz Parts Global Klaus Ziemsky.
Menurut Onn Hafiz mesyuarat khas JMCIM bagi membincangkan kemajuan JS-SEZtelah diadakan di Johor Bahru hari ini dan ia dipengerusikan bersama oleh Menteri EkonomiRafizi Ramli dan Menteri Pembangunan Negara SingapuraDesmond Lee.
"Mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan ada persefahaman baik di antara kedua-dua negara. Dengan adanya persefahaman ini, kita mengambil peluang untuk bekerjasama demi faedah bersama dua negara,khususnya untuk Johor," katanya.
Sementara itu, Onn Hafiz dalam ucapannya berkata beliau yakin Johor sedang memasuki era emas ketika ini khususnya dengan kemasukan pelaburansyarikat antarabangsa.
Menurut beliau, perkara tersebut bukan angan-angan kosong sebaliknya bersandarkan kepada statistik yang ditunjukkan khususnya melibatkan kemasukan pelaburan.
Katanya, kerajaan negeri komited untuk memudah cara proses membuat pelaburan di Johor menerusi inisiatif 'Kulai Fast Lane' yang akan diperluas dengan nama Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC).