KUALA LUMPUR, 7 Nov (Iteenews) –Jumlah eksport produk halal negara setakat Januari sehingga September 2024 berjumlahRM45.04 bilion berbanding RM39.36 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023.
Timbalan MenteriPelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)Liew Chin Tong bagaimanapun berkatakeupayaan Malaysia untuk menguasai pasaran halal masih terbatas kerana pengeluaran sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia masih rendah.
“Kajian awal Pelan Induk Industri Halal 2030 (HIMP2030) yang dijalankan menunjukkan bahawa anggaran nilai pasaran halal global ialah RM5 trilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di peringkat dasar bagi Kementerian MITI di Dewan Rakyat hari ini.
Liew menjelaskan persoalan berkenaan isu penggabungan agensi Halal Development Corporation Bhd (HDC) danPerbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen.
Justeru, katanya dalamusaha negarauntuk menggandakan nilai eksport produk halal dan juga membantumencari pasaransasaran,penggabungan HDCdengan MATRADEadalah satu keputusan yang wajar.
Katanya inikerana MATRADE mempunyairangkaian pasaran sedia ada yang boleh dipelopori oleh pemain industri halal negara.
“MITI berpandangan inisiatif penggabungan ini akan meningkatkan sinergi kerjasama HDC-MATRADE dan mengoptimumkan sumber-sumber sedia ada terutama dalam mempromosikan industri halal supaya lebih efektif dan berdaya saing.
“Pada masa yang sama, usaha untuk melahirkan juara halal tempatan akan lebih tertumpu kepada pemain-pemain industri yang serius untuk menerokai pasaran eksport,” katanya.