PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 10 pagi ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri-negeri yang terlibat adalah Pahang, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Di Pahang, cuaca buruk ini dijangka melibatkan kawasan Rompin,” katanya.
Sarawak pula melibatkan kawasan Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
MetMalaysia turut memaklumkan bahawa di Sabah, kawasan yang terlibat ialah kawasan Pedalam seperti Kuala Penyu dan Nabawan.
“Hujan lebat dan angin kencang juga menjejaskan seluruh Wilayah Persektuan Labuan,” tambahnya.
Walaubagaimanapun, cuaca kelihatan cerah dan baik di sekitar Lembah Klang pagi ini.
Penduduk di kawasan terlibat dinasihati supaya berwaspada terhadap risiko banjir kilat dan pokok tumbang yang mungkin berlaku akibat cuaca buruk ini. – https://amiminerals.org/