LOTTE Chemical Titan
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Iteenews) –Lotte Chemical Titan HoldingBhd (LCT) mencatatkan kerugian bersihtinggisebanyak RM246.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept,2024 berbanding kerugian bersihRM55.58 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Perolehan turut menurun kepadaRM1.94 bilion pada Suku Ketigadaripada RM1.96 bilion tahun lepas susulan peningkatan kerugian daripada pertukaran asing dan kerugian lebih tinggi daripada anak syarikatnya,Lotte Chemical USA Corp (LCUSA), kata LCTdalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2024, kumpulan itu mencatatkan rugi bersih lebih tinggi sebanyak RM673.33 juta berbanding RM593.81 juta tahun lalu, manakala perolehan turut menurun kepada RM5.64 bilion berbandingRM5.79 bilion sebelumnya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LCT Park Hyun Chul berkata kumpulan itu berusaha bersungguh-sungguh bagi mengharungi keadaan tidak menentudalam persekitaran pasaran yang mencabar.
“Ketika purata harga jualan menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun lalu, industri masih dibebani dengan keadaan pasaran yang tidak menentu dan lebihan bekalan produk petrokimia dari China, yang menjejaskan dinamik bekalan dan permintaan,” katanya.
Menurut Park, Projek Lotte Chemical Indonesia New Ethylene (LINE) di Merak, Indonesia kini hampir siap dan dijangka selesaisepenuhnya pada 2025.
“Sebaik sahaja siap, Projek LINE akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kumpulan sebanyak 65 peratus,” katanya.
— BERNAMA