JDT tewaskan Ulsan HD FC 3-0

JDT

JDT tewaskan Ulsan HD FC 3-0.

ISKANDAR PUTERI – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan juara Liga K1, Ulsan HD FC 3-0 dalam aksi kumpulan zon timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.

Tindakan pemain Harimau Selatan yang melakukan tekanan kepada pihak lawan berjaya membuahkan hasil apabila memaksa pasukan pelawat melakukan kesilapan.

Pada penghujung babak pertama, Ulsan HD melancarkan serangan dari bahagian kanan menerusi Esaka Ataru yang melorongkan bola kepada Ludwigson namun Park Jun Heong berjaya melakukan terjahan, mengeluarkan bola dari kotak penalti.

Kemasukan Bergson Da Silva menggantikan Jorge Obregon menambah bisa kepada serangan Harimau Selatan dan hampir mencetak nama dalam senarai penjaring pada minit ke-60 namun rembatan dilakukan tepat ke arah penjaga gol.

Bergson melengkapkan kemenangan bergaya buat JDT apabila memanfaatkan umpanan Afiq Fazail seterusnya melepasi kawalan pemain pertahanan lawan dan melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Ulsan HD pada minit ke-88.

Pada penghujung permainan, Arif Aiman hampir menambah rekod jaringan dalam ACLE namun sepakan lambung yang dilakukan terlalu rendah dan mampu ditepis Hyeonwoo.

Keputusan tersebut membolehkan JDT mengutip tujuh mata menerusi empat perlawanan manakala Ulsan HD terus kekal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata. – https://amiminerals.org/