Penduduk serbu pantai, tangkap ikan naik ke darat

ikan naik darat

Penduduk mengutip ikan-ikan yang naik ke darat. – Fakta Banten

JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Pandeglang, wilayah Banten berpusu-pusu pergi ke tepi pantai bagi menangkap ratusan ikan yang naik ke darat, lapor laman berita Detik.

Kejadian berlaku Sabtu lalu di di Pantai Lagundi Carita.

“Ya, ikan naik ke darat sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan),” kata Ketua Kampung Sukajadi, Sandi.

Menurut Sandi, sejumlah penduduk dan pelancong menyerbu kawasan pantai tersebut untuk menangkap ikan dan mereka tidak menganggapnya sebagai petanda bencana.

Sementara itu, Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah dan Jabatan Bomba Pandeglang, Riza Ahmad Kurniawan berkata, fenomena luar biasa itu tidak mempunyai kaitan dengan potensi bencana alam.

Menurutnya, perkara itu sebaliknya terjadi kerana perubahan musim daripada kemarau ke hujan.

“Ia bukan petanda bencana tetapi lebih kepada ikan naik ke darat ketika peralihan musim daripada kemarau ke hujan.

“Kejadian seperti ini memang sering berlaku di kawasan tepi pantai,” jelasnya. – AGENSI