Anwar Pelawa Jiangsu Longda Kembang Perniagaan Ke Malaysia

dc7e91ebd20b0fcc0281a1f0b7bfddc6672a325b53631kredit: FB Datuk Seri Anwar Ibrahim

Daripada Massita Ahmad

SHANGHAI, 5 Nov (Iteenews) –Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawaJiangsu Longda Superalloy Co Ltduntuk mengembangkan perniagaannyadi Malaysia.

Berpangkalan di Wilayah WuxiJiangsu, China, Jiangsu Longda merupakan pengeluar utama yangmemiliki kepakaran menghasilkan logam super aloi yang mendapat permintaan tinggi, khususnya untuk digunakan dalam industri aeroangkasa, turbin gas dan industri petrokimia.

Anwar telah memanjangkan pelawaanitu selepas pertemuannya dengan pengasas syarikat tersebut, Pu Yi Long, untuk membincangkanpeluang pelaburan yang berpotensi.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

"Saya kagum dengan hasil kerja syarikat dalam menghasilkan aloi suhu tinggi untuk pemain aeroangkasa utama," kata Anwar selepas pertemuan selama 30 minit itu.

Perdana Menteri berkatakehadiran Jiangsu Longda di Malaysia berpotensi memperkukuh kedudukan negara sebagai antara pemain utama dalam industri aeroangkasa global, di samping melonjakkan rantaian bekalan tempatan dan mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.

Anwar kini dalam rangka lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 Nov atas jemputan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 (CIIE ke-7).

Selain Tengku Zafrul, anggota delegasi lain yang mengiringi Perdana Menteritermasuk Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.