IILM Terbit Semula Ṣukuk Jangka Pendek Terbesar Tahun Bernilai US$1.31 Bilion

6009b2cac7e2dce38c36bd33ed2429a1672a35c90d683 Mohamad Safri Shahul HamidKetua Pegawai Eksekutif IILM 7116cd0011153d82ce23e2b19fd98a61672a3506e89ff

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Iteenews) –Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek beragregat US$1.31 bilion (US1=RM4.3415) merentasi tenorsatu, tiga dan enam bulan.

IILM melalui satu kenyataan hari ini berkata ketiga-tiga siri itu berharga secara kompetitif pada 4.78 peratus merangkumi US$550 juta untuk tempoh satu bulan; 4.67 peratus pada US$570 juta untuk tempoh tigabulandan 4.51 peratus untuk US$190 juta membabitkan tenor enambulan.

“Terbitan sukūk terbaharu ini menandakan lelongan ke-12 IILM bagi tahun ini dan saiz terbitan terbesarnyasetakat ini.

“Lelongan hari ini juga merekodkan tender kompetitif di kalangan peniaga utama serta pelabur dari pasaran di seluruh GCC, Asia dan Afrika, dengan gabungan tempahan dalam tangan melangkaui US$2.75 bilion, mewakili purata nisbah bida kepada perlindungan sebanyak 210 peratus,”kata perbadanan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif IILM Mohamad Safri Shahul Hamid berkata lelongan tersebutmenyaksikan permintaan kukuh daripada pelabur Islam global yang mencari instrumen pengurusan mudah tunai yang selamat serta berkualiti tinggi, seperti yang dicerminkan oleh nisbah bidaan kepada terbitan yang sihat merentasi ketiga-tiga tenor yang ditawarkan.

“Lelongan turut menyaksikan penyertaan dua institusi kewangan Afrika buat pertama kalinya, kedua-duanya dari Nigeria membabitkansebuah bank Islam dan bank konvensional, inimencerminkan tarikan global yang semakin meningkat ke atas kertas jangka pendek Islam IILM,” tambahnya lagi.

Setakat ini, IILM telah mengeluarkan secara terkumpul sebanyak US$11.82 bilion merentasi 36 siri sukūk.

Terbitan ini merupakan sebahagian daripada “A-1” (S&P) dan “F1” (Fitch Ratings) IILM yang diberi penarafan US$6 bilion program terbitan sukūk jangka pendek. Jumlah keseluruhan sukūk IILM tertunggak setakat ini ialah US$4 bilion.

IILM kerap mengeluarkan sukūk jangka pendek merentasi tenor satu bulan, tiga bulan, enam bulan dan 12 bulan untuk memenuhi keperluan mudah tunaiinstitusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan Islam. IILM akan terus mengeluarkan semula instrumen mudah tunai jangka pendeknya pada setiap bulan seperti yang dijadualkan dalam kalendar terbitannya.