ABM Terima GX Bank, Boost Bank Sebagai Ahli Baharu

0c702ca3998f0d03dd9655dc10c7a5c15e4292c6b74aa

KUALA LUMPUR, 4 Nov(Iteenews) –Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) mengumumkan kemasukanGX Bank Bhd dan Boost Bank Bhd sebagai ahli baharu,menandakan detik penting dalam industri perbankan Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, ABM berkatapencapaian ini menyerlahkan komitmennya untuk memupuk persekitaran perbankan yang cergas dan inklusif,merangkumi inovasi digital di samping mengekalkan nilai perbankan tradisional.

Pengarah Eksekutif ABM Dr Amina Kayani berkata penambahan kedua-dua bank itu juga menandakan peralihan ekosistem perbankan yang menggabungkan entiti perbankan tradisional dan digital untuktujuan yang sama.

"Kemasukan GX Bank dan Boost Bank ke dalam keluarga ABM bukan sahaja satu penghormatan tetapi langkah ke hadapan yang tepat pada masanya dalam perjalanan kami ke arah sektor perbankan yang inklusif dan memandangke hadapan.

“Keahlian mereka dengan ABM sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-50 kami, mewakili lembaran baharu kerjasama bank digital dan tradisional untuk meningkatkan landskap kewangan Malaysia,” katanya.

Amina berkata dengan memupuk kerjasama merentas spektrum ini, ABM memperkukuh industri yang boleh menyesuaikan diri, berdaya tahan dan fokus dalammemenuhi pelbagai keperluan masyarakat.

“Kami teruja untuk melihat sumbangan yang akan dibawa oleh pemain digital ini dalam memajukan keterangkuman kewangan, inovasi berpaksikan pelanggan, dan pertumbuhan yang mampan untuk manfaat semua rakyat Malaysia,” katanya.

— BERNAMA