NEW DELHI – Satu kejadian lucu berlaku di bandar Kowali, negeri Uttar Pradesh apabila seorang lelaki menghubungi polis selepas dia mendapati sebanyak 250 gram ubi kentang miliknya hilang, lapor laman berita The Indian Express semalam.
Vijay Verma berkata, beberapa biji ubi kentang itu mahu digunakan dalam masakan.
Apabila ditanya mengenai individu yang disyaki mengambil ubi tersebut, Vijay berkata, dia berharap polis dapat memikirkan jawapan tersebut.
Video yang dirakam oleh polis menunjukkan Vijay bertegas mempertahankan keputusannya untuk meminta bantuan polis.
“Ya, saya minum (arak) selepas seharian bekerja tetapi itu bukan itu isunya. Saya mahu ubi kentang saya ditemui,” katanya.
Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen menganggapnya lucu.
Seorang pengguna media sosial berkata: “250 gram kentang? Siapa tahu kentang adalah emas baharu?”- AGENSI