5 minit yang mencemaskan bersemuka dengan jerung

Jerung semuka scaled

RYAN bersemuka dengan seekor ikan jerung di dalam laut. – Foto Tim Ryan/YouTube

SYDNEY – Seorang penyelam menghadapi detik cemas apabila dia bersemuka dengan seekor jerung gergasi yang berenang mengelilinginya di Terumbu Coventry, Australia, lapor laman berita The Sun UK semalam.

Tim Ryan berkongsikan rakaman video tentang ‘pertemuannya’ dengan hidupan laut sepanjang 3.96 meter itu semasa rakannya berada di dalam gua laut untuk mencari udang krai.

“Ia mengelilingi saya selama lima minit.

“Andy (rakan) kemudian keluar dari gua, menyebabkan terdapat individu kedua di dalam air yang menakutkan jerung itu,”katanya kepada media Australia.

Ryan kembali semula ke bot bersama Andy selepas jerung itu beredar, manakala tahap tabung oksigennya sangat rendah. 

Kedua-dua lelaki itu kemudian tertawa selepas mereka berada di atas bot. – AGENSI