LABUAN, 3 Nov (Iteenews) — Han Fook Chiew dipilih semula sebagai pengerusi DAP Labuan dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang turut menampilkan 70 peratus muka baharu, padaKonvensyen Tahunan Negeri di sini hari ini.
Berucap pada konvensyen itu, wakil Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Datuk Chan Foong Hin menekankan komitmen parti yang tidak berbelah bahagi terhadap perpaduan.
Beliau berkata DAP kekal sebagai platform penting untuk rakyat berhubung dengan pemimpin kerajaan, memudahkan advokasi kebajikan dan kesejahteraan masyarakat.
“Penglibatan ketara kepimpinan baharu mencerminkan dedikasi DAP Labuan untuk meraikan pelbagai perspektif dalam barisannya sambil kekal teguh mempromosikan kebajikan dan perpaduan masyarakat,” katanya.
Pada pemilihan hari ini, Jeremy Wong Kwan Kit dilantik sebagai timbalan pengerusimanakala Peter Chin Khin Fatt dan Kong Fen Siew @ Ibrahim Kong menjadi naib pengerusi.
Pelantikan utama juga termasuk Koh Chien Chee @ Vincent sebagai setiausaha dan Poh Yeang Sheng (bendahari).
Bryan Tan Beng Kang mengambil alih peranan sebagai setiausaha penganjur, Tong Pia Kong (setiausaha publisiti), dan Tan Cheng Kiat (pengarah pendidikan politik).