Makan suap RM18,000 program jabatan penyiaran

WhatsApp Image 2024 11 02 at 3.21.15 PM

SUSPEK dibawa anggota SPRM untuk direman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Seorang penjawat awam direman tiga hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM18,000 bagi mendapatkan perolehan perkhidmatan yang dikeluarkan sebuah jabatan penyiaran tahun lalu.

Tempoh reman ke atas lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dibenarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Sumber berkata, lelaki tempatan itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, di sini pada pukul 3 petang semalam.

“Siasatan mendapati lelaki itu disyaki menerima rasuah bagi mendapatkan perolehan perkhidmatan sewaan lori, cetakan bahan promosi dan penyediaan makanan dan minuman melibatkan penganjuran sebuah program pada 2023.

“Suspek dipercayai menerima kira-kira RM18,000 menerusi kemasukan wang ke akaun bank miliknya,”katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – https://amiminerals.org/