Suami orang buruk siku, minta aktres pulangkan Mercedes, wang RM4.2 juta

Geli aktres1 scaled

GAMBAR fail Chun-Chun Hsu. – Foto Instagram/Chun-Chun Hsu

TAIPEI – Aktres Taiwan, Chun-Chun Hsu disaman oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin kerana dituduh melakukan penipuan emosi, lapor portal berita VNExpress semalam.

Dia menuntut Chun-Chun memulangan kereta Mercedes berharga T$2.66 juta (RM364,983) dan wang tunai T$31.28 juta (RM4.2 juta) yang dibelanjakan aktres berkenaan sepanjang hubungan mereka.

Lelaki yang sudah berkahwin itu menyifatkan dirinya sebagai bekas kekasih Chun-Chun.

Dia mendakwa sejurus selepas mereka menjalinkan hubungan, Chun-Chun kerap mengadu keretanya bermasalah dan mahu memiliki Mercedes-Benz baharu.

Kereta tersebut akan memudahkan pertemuan mereka di Taipei.

Lelaki itu akhirnya membeli kereta mewah itu untuk teman wanitanya secara tunai. 

Bagaimanapun, Chun-Chun kemudian mula menjauhkan diri menyebabkan dia meminta kenderaan itu supaya dipulangkan, lapor akhbar Mirror.

Chun-Chun bagaimanapun menafikan sebarang penglibatan dengan lelaki yang sudah beristeri itu atau mengeksploitasi kewangan mana-mana individu. 

Dia juga telah mengupah seorang peguam dan memaklumkan kepada polis berhubung dakwaan itu. – AGENSI