Kemudahan Pelancaran Ke Angkasa Lepas Di Sabah Lonjak Malaysia Peneraju Teknologi

d00895fbe21a809130e37ffa1cad60966725db0b9fcefTimbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Iteenews) — Tapak pelancaran ke angkasa lepas dijangkakandi Sabah akan meletakkan Malaysia sebagai negara peneraju ASEAN di rantau ini dari segi kemajuan teknologi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.

Beliau berkata projek berkenaan akanmewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik rakyatdi seluruh dunia,mendorong pertumbuhan industri penerbangan dan aeroangkasa Malaysia.

"Oleh itu,setiap projek berteknologi tinggi bukan sahaja mencipta peluang pekerjaan malah membawateknologi. Inimengekalkanjurutera terlatih yang tinggi di dalam negara.

"Sekiranya terdapat tapak pelancaran ke angkasa lepas di sini (di Malaysia), rakyat dari seluruh dunia akan datang dan menyertaiprojek ini dan (ini akan) meletakkan Malaysia dalam kedudukan(untuk menjadi) peneraju teknologi ASEAN," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Kerajaan Sabah memeterai perjanjian dengan syarikat Ukraine dan firmatempatan pada tahun lepas untuk mengkaji kebolehlaksanaan kemudahan pelancaran angkasa lepas di negeri itu.

Bagaimanapun, Kachkatidak memaklumkankos pelaburan projek berkenaan.

Mengenai kemajuan kajian kebolehlaksanaan, katanya terdapatpertimbangan berbeza yang perlu diselesaikan seperti daya maju ekonomi,isu alam sekitar dan manfaatjangka panjang.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan Sabah komited untuk mendorong projek angkasa lepas ini.

"Kedua, kerajaan dan syarikat perlu mempunyai sumber yang cukup, kepakaran dan tenaga kerja terlatih," katanya.